Posts

Alam Dunia Tanpa Sempadan

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Saya berjaya membina sebuah blog dan menulis di dalamnya. Titik tolak kepada penemuan ini sejak Saya berjinak-jinak dengan alam siber setahun yang lalu.Walaupun badai "berblogging" dan "blogger" telah melanda dan mula dikenali ramai bertahun-tahun yang lepas tetapi dek kesibukan kerja yang tak pernah surut dan berkesudahan di pejabat yang secara puratanya Saya menghabiskan masa melebihi 8 jam sehari menyebabkan Saya lebih banyak menjadi pendengar setia sahaja kepada kawan-kawan yang sibuk berblogging. Anjakan paradigma ini berlaku apabila Saya mengambil keputusan untuk membuat penghijrahan kerjaya Saya dan sekaligus berhijrah tempat tinggal dari Johor ke Kuala Lumpur setahun yang lalu. (Setelah 12 tahun menetap di Johor, sejak mula belajar di peringkat universiti sampaila ke dunia berkerjaya). Saya mula berjinak dengan alam maya ini dengan mengambil langkah membuka akaun muka buku atau "facebook" dengan bermatla